Ahad, 6 Mei 2012

BANGUN BANGSA KU

      Sayang seribu kali sayang..Bangsa Melayu yang dulunya penuh adab dan kesopanan hilang dek kerana kerakusan politik..rakus pada kuasa..apa yg ada sangat pada harta dunia..yang penting bagaimana kita menguruskan harta tersebut..semuanya akan ditimbang di Padang Masyar..
       Wahai bangsa ku..kenapa perlu kita menyanjung dan mengikut tanpa bantahan kepada manusia2 yang hanya menunggu masa untuk menjahanamkan bangsa mu sendiri..bangsa Melayu jadi alat untuk memusnahkan bangsa Melayu sendiri..bangunlah bangsaku...hidupkan budaya menghormati semua bangsa yang ada di Tanah Air tercinta ini...agar keamanan dapat dikecapi seperti dulu..mengapa hendak di porakperandakan apa yang telah kita perolehi selama ini..hendak di bantah..??..bantah lah tapi ikut lah saluran yang telah ditetapkan, bukannya membabi buta..buat kerja macam orang tak ada otak..negara ada undang2..nak berdebat ..tiada siapa yang menghalang tapi kena ikut undang2..ditempat yang disediakan..pembangkang mmg diperlukan bagi mengimbangi apa pemerintah hendak, sedang dan telah dilaksanakan...bangkanglah dengan cara yang terhormat...
       Sokonglah pemimpin yang dapat mengembalikan keamanan pada negara supaya kita dapat bekerja dengan aman dan selesa...bayangkan jika pemimpin yang suka 'berdemo' jadi pemimpin..masalah demo-mendemo akan bertambah2...Wahai bangsaku..tepuklah dada tanyalah imanmu..bertindaklah dengan secerdik-cerdiknya...terutama musin pilihanraya yang bakal menjelang...tunaikan tanggungjawab anda..

Khamis, 3 Mei 2012

Salam Mawaddah

Selamat ketemu kembali...ketemu siapa?..bertemu dan bertamu di alam maya...Alhamdulillah hayat aku masih panjang untuk kembali berceloteh di blog ini..aku sayang kamu...sayangnya aku kat blog ini..tempat luahan hati..tempat bicara jiwa..dikala hati dan jiwa dilanda lara...dikala hati dan jiwa diharumi bunga-bungaan..haruman cinta MU ..terima kasih  Allah..di atas segala pinjaman MU...aku hargai dan akan terus menghargai..Mawaddah MU untuk ku...

Ahad, 24 Julai 2011

Sayonara

Telah tiba masanya ku ucapkan 'Selamat Tinggal'..entah bila aku akan kembali atau aku tidak akan kembali lagi..aku pun tidak pasti..

Sabtu, 16 Julai 2011

Malam ini merupakan malam nisfu sya'aban.. malam yg dibuka pintu langit utk dimakbulkan doa..marilah bersama2 kita panjatkan doa, berzikir dan bertaubat..semoga buku amalan kt ditutup dgn taubat dan buku baru dibuka dgn pujian2 kpd Allah...

Selasa, 21 Jun 2011

SOALAN YANG TIADA JAWAPAN

Soalan yang tiada jawapan...seperti rangkap lagu ini :-

Bangau oh Bangau
kenapa engkau kurus
macamana aku tak kurus
ikan tak mahu timbul..

ikan oh ikan
kenapa tak mahu timbul
macamana aku nak timbul
rumput panjang sangat..

rumput oh rumput
kenapa panjang sangat
macamana aku tak panjang
lembu tak makan aku..

lembu oh lembu
kenapa tak makan rumput
macamana aku nak makan
perut aku sakit..

perut oh perut
kenapa engkau sakit
macamana aku tak sakit
makan nasi mentah..

nasi oh nasi
kenapa engkau mentah
macamana aku tak mentah
kayu api basah..

kayu oh kayu
kenapa engkau basah
macamana aku tak basah
hujan timpa aku...

hujan oh hujan
kenapa timpa kayu
macamana aku tak timpa
katak panggil aku..

katak oh katak
kenapa panggil hujan
macamana aku tak panggil
ular nak makan aku...

ular oh ular
kenapa nak makan katak
macamana aku tak makan
memang makanan aku..
memang makanan aku...

Bukan niat nak kupas lagu ini....hanya untuk renungan bersama....setiap sesuatu ada sebab dan musababnya...punca setiap sebab adalah atas tindakan kita sendiri...usaha kita sendiri...bangau tidak berusaha untuk mengatasi dirinya yang kurus..bukan hanya ikan sahaja makanannya..dan bukan ikan di situ sahaja makanannya...akhir lagu pasti bangau dah putus harapan dengan jawapan....soalan yang dikemukakan tiada jawapannya...berbagai2 alasan telah diberi tapi akhirnya tiada juga jawapan...betul lah kata seorang teman..proses lebih bermakna dari akhirannya...pinjam kata2 bakal maharaja lawak...lu pikir la sendiriii...

Rabu, 18 Mei 2011

Hari Guru vs Hari Jururawat..

Rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru2 tak kira dimana anda berada pd 16 Mei...jasamu tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.. terutama buat guru2 yg pernah mengajar aku... tapi kesian pada jururawat..Selamat Hari Jururawat dan terima kasih kpd semua jururawat yg disambut pada 12 Mei tidak kira dimana anda bertugas.. jasamu tiada tolok bandingnya...hanya Tuhan saja yg dpt membalasnya...patutnya hari jururawat juga disambut meriah spt hari guru..cuba bayangkan kalau tiada jururawat.. pasti tak de org yg nak jadi doktor kan!..

Sabtu, 7 Mei 2011

Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yg bergelar ibu..terutama kpd ibu ku..jasamu terlampau agung...sentiasa mendoakan aku.. walaupun sejahat mana pun aku.. dan ibu mertua ku...ibu mertua yg paling baik di dunia..org yg mempunyai ibu dialah yg paling kaya krn syurga yg tidak ternilai harganya berada di bawah telapak kaki ibu...wahai suami2 diluar sana hargailah isteri mu yg bertarung nyawa utk memberi zuriat keturunan kpd mu..berperang dan berjuang utk menjadi seorang ibu!!..hargailah mereka bukan hanya pada hari ibu!!